Islamic Widget

Al Quran

Tuesday, October 19, 2010

media, rakyat dan agensi berkaitan

salam dan selamat sejahtera...
selamat pagi kepada yang bangun pagi...

dulu masa rancangan edisi siasat (ntv7) disiarkan...
ak x berapa minat sangat sebab ak rasa media masuk campur urusan PBT...
ye la, sepatutnya PBT dan agensi kerajaan lain lebih mengetahui masalah rakyat berbanding media...
dan mereka akan menyelesaikan masalah tersebut....

lepas tu timbul rancangan 'Bersamamu' dan 'aduan rakyat' (tv3)...
dan bermacam2 rancangan bergenre macam ni...
ak pun x paham, lepas tu ak cuba la tengok rancangan macam ni...
barulah ak paham...

rupa2nya tindakan banyak dibuat selepas sesuatu isu tu mendapat liputan...
contohnya dalam aduan rakyat 2-3 bulan yang lepas...
pasal kes air dekat satu daerah di pahang...
selama beberapa tahun (x silap puluhan tahun) masalah itu diadukan pada PBT...
x selesai2 juga... bila diadu pada media dan mendapat liputan...
x sampai 2-3 bulan dah selesai....
agak lawak di situ...

bukan ak nak komplen atau apa...
banyak PBT @ agensi kerajaan yang buat kerja bagus...
ye la, gaji mereka kan duit dari rakyat... duit cukai tu duit rakyat...
tapi ada sebahagian yang buat kerja x berapa okey sangat...

ye la... macam x adil bila disebabkan segelintir pekerja ...
semua PBT dan agensi kerajaan disalahkan...
tapi jangan kita lupa... kerana nila setitik... rosak susu sebelanga...

sebenarnya daripada kecik ak diterapkan oleh kawan2 dan saudara mara...
mereka selalu cakap...
kalau berkaitan dengan perkhidmatan kerajaan... mesti teruk atau lambat...
kalau bank... jangan pergi bank kerajaan sebab mesti lambat...
kalau hospital... jangan pergi hospital kerajaan sebab lambat dan bertambah sakit...
dan macam2 lagi...

jadi selepas kita bertukar Perdana Menteri yang selalu menekankan prinsip tranformasi...
transform la badan2 kerajaan dan PBT...
biar jadi lebih baik, tersusun, dinamik...
semoga rakyat puas hati...
xda la kami rasa duit cukai tu membazir...
lepas tu kalau nak bagi bonus atau nak naik gaji...
baru lah berbaloi dengan mutu perkhidmatan...

teringat kata2 saudara ak...
sistem punch card diperkenalkan oleh Tun Mahathir sebab dia tengok ramai pekerja awam datang lambat...
bagus juga... ini pun boleh dikira sebagai membaiki mutu pekerja awam....

macam ak cakap... bukan nak komplen...
cuma kami sebagai rakyat berhak mahukan perubahan positif...
sekian terima kasih...

No comments: