semalam (26 ogos 09) tepat kul 1600
aku telah menbentangkan tajuk proposal aku yang bertajuk '16S rRNA identification of cyanide degrading bacteria and its application in cyanide degradation'. panjang betul tajuk tu kan, hahahaha.
alhamdulillah, aku telah berjaya menbentangkan dengan agak berjaya dan semua soalan aku dapat jawab, tapi tak tahu betul atau tak cuma ada orang kata, just confident jer masa jawab.
examiner aku sepatutnya P.M Dr zaharah dan Dr. sasha eva tapi Dr. zaharah keluar masa aku present, tak tahu sebab apa tapi baguslah sebab biasanya soalan dia sangat susah, huhuhuhu. lepas present, rasa sangat lega dan senang hati sebab sebelum present, aku telah menempuh halangan yang amat getir, huhuhuhu.
imbas kembali........
slide aku sepatutnya siap hari jumaat (21 ogos 09) tetapi disebabkan ada test yang banyak, aku terpaksa fokus pada test-test dan mengabaikan untuk menyiapkan slide. supervisor aku, Dr. shafinaz dah tanya mengenai slide, ak janji akan bagi pada isnin.
so, sabtu dan ahad tu aku buat betul2 tapi pada jumaat tu, umat islam menyambut 1 ramadhan dan oleh kerana kepenatan, pada sabtu dan ahad, aku lebih banyak tidur, hahahaha. buat slide pun pada malam selepas terawikh.
pada isnin tu, pergilah aku berjumpa Dr shafinaz tetapi dia dah wat appointment dengan student lain dan aku akan berjumpa pada selasa. bolehlah aku baiki slide aku tetapi masalahnya, aku tak tahu apa perlu buat untuk menbsiki slide tu.
hari selasa, aku dijadualkan berjumpa Dr, shafinaz pada kul 1600 tapi dapatjumpa dia pada 1630 sebab sakinah jumpa dia lama sangat, huhuhuhu. so, berbincanglah aku dengan Dr. shafinaz sampai kul 1700 lebih gak la. kitaorang terpaksa stop sebab nak buat persediaan untuk berbuka puasa. Dr kata maybe nak jumpa aku esok.
hari rabu.....
aku dahberdebar nak present. hari ni aku memang tak cukup tidur kerana aku men'edit' slide aku berdasarkan komen dari Dr. aku stay kat bilik JKMKTR dari jam 2200 sampai waktu sahur (0400). tapi agak lega sebab slide aku dah ok dan hanya tunggu nak jumpa Dr jer. pagi tu, aku pergi ke kelas bioremediation sebab kelas sebelum ni aku dah ponteng (bersebab) dan nasib baik juga la sebab Dr shaza buat quiz. masa kuiz tu, aku dapat banyak misscall dari Dr Shafinaz tapi aku x jawab sebab aku x suka jawab hp masa kelas. lepas jer kelas, aku call Dr tapi dia ada hal dan aku pun balik bilik untuk ambil slide dan pendrive.
time ni la masalah muncul, jeng... jeng... jeng....
slide yang aku buat pagi tadi tak dapat dibuka lansung. aku punyalah risau dan tak tahu nak buat apa tapi still stay cool, hahahaha. aku dah tanya akmal dan heri tapi jawapan dari diorang sangat mengecewakan. aku pun nak jumpa Dr tapi Dr x da dalam biliknya. aku pun pergi ke meja sebelah bioinfo lab dan jumpa miey nad dan sasha, miey nad pun x dapat tolong. even Dr shahir yang merupakan pakar it FBB pun x dapat buat apa2.
tapi dengan masa berbaki 4 jam, aku cuba lengkapkan slide aku. hahahaha. memang masa tu stress la cuma aku cuba stay cool. alhamdulillah, slide aku boleh dikira siap cuma tak sesempurna yang sebelum ni. tapi ok la. aku pun masuk dalam bilik meeting biologi C08 untuk bersedia menbentangkan proposal aku.
No comments:
Post a Comment