Alhamdullilah kerana kita semua diberi kesempatan untuk bertemu kembali dengan bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan, bulan ramadhan al mubarak.
antara 12 bulan yang ada dalam setahun, hanya ramadhan yang menpunyai satu hari yang menpunyai kebaikan bersamaan dengan 1000 bulan.
dibulan ramadhan inilah kita sepatutnya berlumba-lumba melipat kali gandakan amalan dan ibadah kerana segala ibadah yang dilakukan pada bulan ini ikhlas demi mendapat keredhaan dari Nya akan mendapat puluhan kali ganda pahala. pada bulan ini juga semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan semua pintu neraka ditutup serapat-rapatnya. iblis dan syaitan juga dirantai dan diikat supaya mereka tidak boleh menganggu umat islam beribadah pada bulan ini.
pada bulan ini juga, umat islam diwajibkan berpuasa kerana puasa mengandungi seribu kebaikan dari aspek rohani, fizikal dan juga biologi. puasa dapat menyempitkan saluran darah yang menjadi jalan bagi syaitan dan iblis. puasa juga boleh merehatkan perut kita yang 11 bulan bekerja tak berhenti-henti. sebenarnya, puasa tidak melemahkan kerana walaupun tidak tidak makan hampir separuh hari, badan kita berupaya menghasilkan tenaga melalui proses yang dinamakan gluconeogenesis, protein phosphate pathway dan macam-macam lagi. ini bermakna, apabila kita berpuasa, kita akan menggunakan sumber tenaga simpanan. sumber tenaga ini kalau disimpan terlalu banyak, akan mendatangkan mudarat seperti obesiti, sakit jantung, darah tinggi, arterisclerosis dan bermacam-macam lagi penyakit yang disebabkan banyak makan.
tetapi, harus diingat puasa bukan bermaksud hanya menahan diri dari makan tetapi dari segala perbuatan yang menbatalkan puasa seperti memasukkan sesuatu dalam rongga badan. puasa juga bermaksud menahan diri dari nafsu serakah. puasa juga bertujuan menguji diri kita sama ada kita benar-benar bertakwa pada Allah dan sanggup mengikut arahanNya. ramadhan selalunya jatuh pada hari yang amat panas dan pada bulan ini kita disuruh olehNya agar tidak makan dan minum. ini akan menguji seberapa iman kita di sisi Nya.
tetapi, umat zaman sekarang hanya menjadikan puasa sebagai tradisi yang mesti diikuti tanpa menghayati keberkatan yang dibawa pada bulan ini. mereka hanya mengangap bulan ramadan hanya sebagai bulan untuk berlapar. mereka juga sudah lupa bahawa bulan ini adalah bulan untuk mengawal nafsu. tetapi apabila kita melihat permandangan bi bazar-bazar ramadan, umat islam seperti hilang kawalan diri dan membeli makanan lebih dari yang sepatutnya dan apabila makanan itu tidak dihabisi, makanan itu dibuang. ini bukankah satu bentuk pembaziran dan bukankah orang yang menbazir itu adalah saudara syaitan laknatullah.
umat islam zaman sekarang juga tidak menggunakan bulan ini dengan sepenuhnya. sepatutnya surau dan masjid penuh dengan jemaah yang hadir untuk menggandakan amalan tetapi apa yang kita lihat, hanya golongan tua sahaja yang berteleku memohon keredhaan dari Yang Maha Esa.
mengapa ini terjadi???
sepatutnya kita mesti menggunakan bulan ini sebagai satu medium untuk kita lebih bersedia menemui Allah di alam yang seterusnya. mungkin kita tidak dapat bertemu dengan ramadan padan tahun depan.
saya juga tidak terlepas dari melakukan perkara yang menbuang masa seperti bermain permainan komputer dan saya mengharapkan agar kita semua saling berpesan ke arah kebaikan dan saya berharap agar setiap muslim mengetahui tentang kebaikan setiap arahan dan larangan dari Nya kerana sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui apa yang tidak diketahui oleh manusia.
dan bersama-samalah kita berpesan-pesan...
Nazreen Abd Latif @ Yaacob
0013
Bilik JKM KTR
No comments:
Post a Comment