Islamic Widget

Al Quran

Thursday, August 13, 2009

penularan wabak H1N1

umum sudah tahu mengenai wabak merbahaya yang boleh mengancam nyawa iaitu Influenza A atau lebih dikenali sebagai H1N1.
mengapa wabak ini tersebar dengan sebegitu pantas sekali. memang la wabak ini disebar oleh virus yang sukar di bendung tetapi dengan semua langkah pencegahan yang telah dilakukan, wabak ini terus merebak tanpa dapat dikawal lagi dan kes jangkitan dan kematian meningkat dari hari ke hari.
di sini, cuba kita renung mengapa wabak ini tersebar dengan pantas sekali. ya, memang betul kerana ia adalah disebabkan virus; satu entiti terkecil di dunia yang kadar pembiakan sangat pantas dan sangat susah untuk dihapuskan.
tapi, sikap dan kesedaran orang ramai juga menjadi punca kepada permasalahan ini. walaupun kerajaan melarang keras penduduk mengunjungi negara2 yang banyak kes H1N1, tetapi penduduk masih melakukan perjalanan dan memandang remeh larangan kerajaan ini. dan apabila mereka dijangkiti, mereka membawa virus itu ke dalam negara ini.
kerajaan juga menegah rakyat negara ini supaya tidak menghadiri perjumpaan2 besar tetapi dari apa yang saya perasan, konsert2, festival2, sukan2 dll yang dihadiri beribu orang masih lagi dianjurkan dan ini akan meningkatkan lagi kadar penularan wabak ini. sepatutnya kerajaan melarang perkara2 sebegini dengan tadak memberi permit kepada penganjur2.
walaupun wabak ini telah meragut puluhan nyawa di Malaysia, kebanyakan orang masih mengabaikan lankah keselamatan seperti menjaga kebersihan diri dan memakai topeng muka. walaupun cara ini tidak dapat menbendung sepenuhnya wabak ini, tapi sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko untuk wabak ini tersebar dengan pantas.
dan, yang paling lucu adalah apabila wabak ini tersebar di IPT, IPT akan ditutup dan pelajar diarahkan pulang ke rumah. adakah kerajaan sedar bahawa dalam proses pelajar pulang ke rumah dari IPT, mereka akan berhubung dengan orng ramai sama ada dalam LRT, bas, keretapi, dll dan ini akan menyababkan virus ini tersebar dengan pantas sekali. sepatutnya pelajar mesti dikuarantin di dalam IPT untuk mengurangkan penyebaran wabak ini.
walau apapun, kita seharusnya berusaha dan berdoa agar wabak ini dapat dihentikan dari menbunuh orng ramai lagi.


Nazreen Abdul Latif @ Yaacob
Fakulti Biosains & Biokejuruteraan
Universiti Teknologi Malaysia

2 comments:

Anonymous said...

kdg2 terasa mcm wabak ni satu eksperimen..

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

mungkin...